Thursday 28 April 2016

Dari dan Daripada

Ahhhh.... selalu kekeliruan tiba pada saat penggunaan "dari" dan "daripada" . Yang mana satu perlu digunakan ya??? Itu persoalannya. Oleh itu, berikut adalah nota ringkas untuk panduan.

"dari" dan "daripada" adalah kata sendi nama.
"dari" digunakan untuk menyatakan arah (A),tempat(T) dan masa(M)= (ATM)

contoh:

1. Ali berasal dari Johor - (tempat)
2. Dari situ menuju ke sini mengambil masa 15 minit sahaja - (arah)
3. Saya menunggu awak dari jam 10 pagi lagi - (masa)


"daripada" pula digunakan untuk menyatakan orang(O), perbandingan(P) dan asal kejadian(AK)= (APAK)

contoh:

1. Beg tangan itu diperbuat daripada kulit - (asal -usul)
2. Kamal menerima bantuan sekolah daripada Haji Karim - (orang)
3. Walaupun umurnya lebih muda daripada kakaknya, Ahmad mempunyai pemikiran yang lebih matang - (perbandingan)

Semoga kekeliruan tidak wujud lagi....

No comments:

Post a Comment

">