Tuesday 20 December 2016

Apa perbezaan perkataan "dalam" dan "antara"?

Perkataan ini berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah.



Kedua-dua perkataan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

1. Dalam

a. Dalam hal ini, kita semua setuju.
b. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.
c. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
d. Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.


Contoh ayat SALAH:
a. Di dalam hal ini, kita semua setuju.
b. Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan kita.
c. Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu.
d. Saya tidak terlibat di dalam urusan mereka.


2. Antara

a. Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.
b. Mereka berbincang antara adik-beradik.
c. Perjanjian antara kedua-dua negara itu sudah ditandatangani semalam.
d. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.


Contoh ayat SALAH:
a. Tidak ada perbezaan yang besar di antara pendapatnya dengan pendapat saya.
b. Mereka berbincang di antara adik-beradik.
c. Perjanjian di antara kedua-dua negara itu sudah ditandatangani semalam.
d. Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

No comments:

Post a Comment

">