Tuesday 20 December 2016

Penggunaan "ialah" dan "adalah'

"Ialah" dan "adalah" dua perkataan pemeri yang perlu digunakan dalam keadaan yang berbeza.

1. Pemeri "ialah' digunakan secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif. Perkataan ialah hadir di hadapan frasa nama seperti contoh berikut:

a. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu "ialah" masalah moral negara.
b. Dalam terjemahan komunikatif, yang mustahak "ialah" mesej yang hendak disampaikan.
c. Bahasa Melayu "ialah" salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

2. Pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh:

a. Sumbangan besar beliau "adalah" dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
b. Makanan seimbang "adalah" baik untuk kesihatan badan

3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.

a. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
b. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
c. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
d. Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

4. Ayat di atas (3) sepatutnya berbentuk seperti berikut:

a. Dengan ini / Anda / Ibu bapa / Tuan-tuan / Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
b. Dengan ini / Tuan / Anda dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
c. dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
d. Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

No comments:

Post a Comment

">